Jawatan: Pegawai Penilai Sistem Komputer (Computer System)
Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
Tugas Dan Tanggungjawab:
Menyedia dan menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar pada masa dan tempat yang dijadualkan.
Berkomunikasi dengan pelajar dan rakan sekerja dengan baik untuk memastikan pengajaran yang cekap and berkesan.
Mengambil dan mengekalkan rekod kehadiran pelajar, kemajuan pelajar, bekalan, peralatan dan lain-lain.
Mengekalkan disiplin pelajar semasa aktiviti pengajaran sedang dijalankan.
Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti program dalam and luar kolej.
Menyediakan rancangan pengajaran harian dan bahan pengajaran di peringkat modular seperti yang diarahkan oleh pengerusi program.
Menilai kemajuan dan prestasi pelajar.
Menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam kelas dan makmal.
Membangun, mengkaji semula dan mengemas kini semua rancangan pelajaran dan WIM yang mematuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak JPK dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang Sistem Komputer (IT-020-3/4:2013).
Memiliki Sijil Induksi PP-PPD-PPB.
Pengalaman terdahulu dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia akan menjadi satu kelebihan tetapi bukan satu kemestian
Pemohon mesti mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO)
Fasih bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris