Company Description

YP Advanced Skills (YPAS) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang yang telah ditubuhkan sejak 1992. YP Advanced Skills menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri.

Misi penubuhan YP Advanced Skills adalah untuk menyumbang dalam membangun, menyedia dan menempatkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran serta kompeten melalui program-program latihan seiring dengan keperluan industri semasa.

Untuk mencapai hasrat itu, YP Advanced Skills akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya.

Selaras dengan usaha untuk merealisasikan Visi YP Advanced Skills sebagai pusat latihan terulung yang menjadi nadi kepada pembangunan sumber manusia dalam bidang kemahiran, teknikal dan vokasional, YP Advaned Skills telah melalui beberapa fasa transformasi yang komprehensif.

Bermula pada 1992 dan dikenali sebagai Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) sehinggalah pada bulan November 2023, penjenamaan sebagai YP Advanced Skills adalah merupakan satu pelan strategik dan pemacu kepada usaha YP Advanced Skills untuk menjadi sebuah organisasi yang dinamik, memiliki modal insan yang kompeten, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi pengguna seterusnya bersama kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.