Company Description
Merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kemahiran dalam melahirkan tukang gunting rambut profesional di Malaysia. Selain itu, syarikat ini banyak membantu memberi ruang pekerjaan kepada pelatih dan membantu industri mengatasi kekurangan tenaga kerja. Syarikat juga aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan antara tukang gunting rambut dan masyarakat. Syarikat ini juga berusaha mengangkat kerjaya gunting rambut di Malaysia sebagai satu kerjaya yang penting di negara ini, setaraf dengan bidang kemahiran yang lain.