Penerangan Jawatan:
Kami sedang mencari individu yang dinamik dan kreatif untuk menyertai pasukan kami sebagai Livestream Host dan Content Creator di platform TikTok Shop dan Shopee. Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan interaktif, mempromosikan produk kami, serta berinteraksi dengan penonton secara aktif.
**1\. Livestream Produk**
- Mengendalikan sesi live yang menarik dan bermaklumat di TikTok dan Shopee
- Memperkenalkan dan menerangkan produk dengan cara yang memikat hati secara ikhlas
- Menjawab soalan penonton dan membantu menyelesaikan masalah penonton tentang produk atau cara pembelian
**2\. Meningkatkan Jualan dan Penglibatan:**
- Memotivasi penonton untuk membuat pembelian dan berinteraksi semasa sesi penstriman langsung
- Berinteraksi secara aktif mengeratkan hubungan silaturahim
- Menggalakkan penonton untuk mengikuti akaun kami dan mengambil bahagian dalam promosi dan peraduan
**3\. Penyediaan dan Pengurusan:**
- Menyediakan skrip atau garis panduan untuk sesi live
- Memastikan semua peralatan penstriman berfungsi dengan baik dan sesuai untuk siaran
- Menguruskan inventori produk dan memastikan stok yang mencukupi untuk live
**4\. Analisis dan Penambahbaikan:**
- Mengumpul dan menganalisis data mengenai prestasi sesi penstriman.
- Mencadangkan dan melaksanakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas penonton dan analisis data.
**5\. Penghasilan Content**
- Menghasilkan content jenama atau UGC yang menarik dan memikat hati
- Mengikuti trend yang paling baru dan menghasilkan content yang berkaitan
- Melibatkan diri sebagai seorang creator yang dapat memanfaatkan penonton
- Berkongsi kepada penonton/pengikut dengan content yang dapat membantu ataupun content yang mengandungi isi2 penting
Kelayakan:
- **Pengalaman:** Pengalaman dalam sesi live, media sosial, atau peranan yang berkaitan adalah satu kelebihan, tetapi tidak wajib
- **Kemahiran Komunikasi:** Kemahiran komunikasi lisan yang cemerlang dan keupayaan untuk berinteraksi dengan penonton secara ikhlas, seperti rakan
- **Keperibadian Kreatif:** Keupayaan untuk mencipta kandungan yang menarik dan inovatif.
- **Kemahiran Teknikal:** Pengetahuan asas tentang peralatan livestream dan aplikasi tiktok/shopee.
- **Komitmen Waktu:** Fleksibiliti untuk bekerja pada waktu yang berbeza, termasuk malam dan hujung minggu, mengikut jadual penstriman.
- **Kerja 6 hari seminggu:** Anda akan diperlukan 6 hari seminggu
Faedah:
- **Gaji dan Bonus:** Pakej gaji yang kompetitif dengan insentif berdasarkan prestasi, peluang naik gaji terbuka kepada semua
- **Latihan dan Pembangunan:** Peluang untuk menjalani latihan dan perkembangan profesional
- **Persekitaran Kerja:** Persekitaran kerja yang menyokong dan kolaboratif, tiada politik kerja kerana semua isu disarankan supaya diberitahu secara direct
- **EPF \& SOCSO**
Job Types: Full\-time, Fresh graduate
Pay: RM2,500\.00 \- RM3,500\.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Schedule:
- Afternoon shift
- Day shift
- Evening shift
- Fixed shift
- Holidays
- Night shift
- Rotational shift
- Weekend jobs
Supplemental Pay:
- Commission pay
- Performance bonus
Ability to commute/relocate:
- Puncak Alam: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Language:
- Bahasa Melayu \& English (Required)