• **Kami sedang mencari seorang HR Executive yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami!**
    Kalau anda seorang yang cekap, teliti, dan suka menguruskan operasi HR dari A\-Z, mungkin inilah peluang yang anda cari.

    **Tanggungjawab Utama:**

    • Menguruskan keseluruhan proses pengambilan pekerja (rekrutmen): dari iklan jawatan, tapisan calon, sesi temuduga hingga ke surat tawaran.
    • Menyediakan, mengemaskini, dan menguruskan fail peribadi pekerja, kontrak, serta dokumen HR lain.
    • Memantau kehadiran pekerja, cuti, disiplin, dan mengurus tindakan tatatertib jika perlu.
    • Menyediakan laporan bulanan HR termasuk rekod kehadiran dan laporan kadar keluar masuk pekerja (*staff turnover*).
    • Memberikan sokongan kepada operasi syarikat dalam pengurusan pekerja semasa program, kursus, atau event.
    • Membantu dalam pelaksanaan latihan dalaman serta pengurusan prestasi pekerja.
    • Memastikan semua tugas HR dijalankan mengikut akta buruh dan polisi syarikat yang ditetapkan.
    • Memastikan pematuhan terhadap SOP keselamatan dan kesihatan pekerja, terutama semasa event luar pejabat.
    • Menguruskan kakitangan kontrak atau sementara untuk event dan program syarikat.

    **Kriteria yang Kami Cari:**

    • Minimum Diploma/Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Perniagaan, atau bidang berkaitan.
    • Sekurang\-kurangnya 1–2 tahun pengalaman kerja dalam bidang HR/pentadbiran HR (fresh graduate yang aktif dan berani digalakkan memohon).
    • Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
    • **Bonus Point:** Ada pengalaman dalam industri training, event management, atau team building.
    • Seorang yang boleh bekerja secara berkumpulan mahupun berdikari, berdisiplin, dan terurus.
    • Fleksibel dan bersedia untuk turun padang semasa event atau program.
    • Mempunyai sikap proaktif, berfikiran positif dan bertenaga tinggi.

    **Kenapa Sertai Kami?**

    ✨ Peluang untuk terlibat dalam projek\-projek event berskala besar.
    ✨ Suasana kerja yang dinamik dan supportive.
    ✨ Peluang pembangunan kerjaya dalam dunia HR dan event management.

    Job Type: Full\-time

    Pay: RM2,000\.00 per month

    Schedule:

    • Monday to Friday

    Work Location: In person

    Salary

    Location

    Job Overview
    Job Posted:
    10 months ago
    Job Expire:
    5mos 2w
    Job Type
    Full time
    Job Role
    Total Vacancies
    1

    Share This Job: